Sight-seeing di sekitar Frankston Victoria, Australia (Tempat-tempat menarik untuk dikunjungi)

Antara tempat-tempat  menarik yang boleh dilawati di sekitar FRANKSTON dan MORNINGTON PENINSULA, VICTORIA, MELBOURNE :

Lokasi: Hastings, Melbourne.

Hastings mempunyai tempat-tempat menarik seperti pantai, jeti, kedai-kedai,restaurant terutamanya fish&chips yang menawarkan seafoods tempatan. Jika mahu makanan arab, di sini ada Turkish restaurant, 'Shish Happens Turkish' banyak pilihan menu dan dijamin halal. Selain itu, Hastings juga mempunyai taman rekreasi yang luas berhadapan dengan pantai,dan pada setiap hari Khamis dan Ahad  di sini ada 'local market', di mana anda boleh mendapatkan barangan  tempatan dengan harga yang murah. Hastings juga berhampiran dengan zoo tempatan iaitu Moonlit Santuary Zoo, anda boleh berpeluang melihat kangaroos, koala, wombats dan banyak lagi haiwan-haiwan dari bumi Australia ini.Terdapat juga banyak kedai-kedai antik, kedai cenderamata yang boleh anda kunjungi seperti Tyaab Antiques., TheVintageShed, Peninsula Honey. Lokasi pun dekat sahaja, hanya berjalan kaki sahaja terutama untuk ke pantai,jetty atau kedai-kedai dan supermarket berhampiran.

photo by: Rita Hamzah
Hastings Marina, Melbourne. (Pantai Hastings)
Terdapat dua jenis burung yang boleh didapati di pantai Hastings, iaitu Pelican (gambar pertama dari kiri di bawah) dan seagulls (seperti gambar di atas). Anda boleh juga berjinak-jinak dengan burung-burung di sini.
 Hastings, Western Port, permandangan dari jalan besar Hastings.
             Photo by: Rita Hamzah
Pemandangan ketika musim luruh di Hastings, Melbourne: Antara bulan Mac-Mei. 
Cantik sekali dapat melihat daun-daun bertukar merah. 
....................................................................................................................................................

Lokasi: Mornington. Melbourne.

Mornington adalah salah satu tempat tumpuan pelancung dari seluruh pelusuk negara. Lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki kereta dari tempat saya, di Frankston. Di sini terdapat  pantai yang indah, udara yang segar dan pemandangan yang cantik. Jika anda ke Mornington pier (seperti gambar pertama di bawah), anda boleh berjalan di atas 'deck' kayu dan konkrit hingga 500 meter ke tengah laut. Berhadapan dengan 'pier' ini terdapat sebuah bukit yang boleh anda daki untuk melihat pemandangan di seluruh Mornington dan menuruni bukit dengan menggunakan jambatan kayu.Terdapat juga taman-taman rekreasi berhampiran, atau bagi pelancung setelah penat berjalan boleh lah berehat seketika di taman ini. Di Mornington ini juga terdapat banyak kedai-kedai dan supemarket yang menawarkan pelbagai barangan dan jualan pada harga yang berpatutan. Pada yang suka ber'shopping' jangan lepaskan peluang ini. 
Dan jika tercari-cari restaurant halal di Mornington ini, terdapat Afghan restaurant yang tidak jauh dari taman rekreasi, terletak di jalan utama di pekan Mornington , nama restaurant adalah Afghan Marco Polo. 

Mornington Pier, Melbourne. Permandangan dari atas bukit berhampiran.
Suasa yang damai, airnya yang biru ,memang tak rugi melawat di tempat ini.
'Deck bridge' berjalan kaki ke tengah laut. Cantik, bersih dan luas. Anda boleh duduk berehat-rehat di kerusi sambil menikmat keindahan di sini.
Photo by: Rita Hamzah
Photo by: Rita Hamzah
Mornington Pier, The Rocks Restaurant and Mornington Yacth Club
Photo by: Rita HamzahPhoto by: Rita Hamzah
Photo by: Rita Hamzah
Mornington Beach, Melbourne, Australia
Photo by: Rita Hamzah
Jalan alternative, track berjalan kaki dari tebing bukit menuju ke pantai.
Photo by: Rita Hamzah
Mornington Park, tempat istirehat dan bersantai.Terdapat taman permainan kanak-kanak, padang yang luas dan tempat untuk aktiviti barbeque.
Photo by: Rita Hamzah
Mornington pada musim bunga/ spring time

 ........................................................................................................................................................

Lokasi: Botanical Rose Garden, Mornington. Melbourne.

Photo by: Rita Hamzah
Keindahan taman ros di Botanical Rose Garden, Mornington. Melbourne
Photo by: Rita Hamzah
Photo by: Rita HamzahPhoto by: Rita Hamzah
Photo by: Rita Hamzah
Photo by: Rita Hamzah
Pada yang berminat untuk mengunjungi Botanical Rose Garden, musim bunga ros bermula seawal bulan November.
Photo by: Rita Hamzah
Photo by: Rita Hamzah
Tiger Rose, antara bunga ros yang unik terdapat di sini
Photo by: Rita Hamzah
Pokok bunga Lavender ada di sini.
Photo by: Rita Hamzah
Succulent plants, kelopak pokok ini seperti bunga ros, juga terdapat di sini.
  ........................................................................................................................................................

Lokasi: Frankston. Melbourne.

Frankston merupakan salah satu bandar yang terdapat di sini yang tidak jauh dari region, Mornington peninsula.
Di sini terdapat pantainya yang cantik, taman-taman yang mempunyai 'sculptures' yang menarik, Art galeri, terdapat banyak kedai-kedai dan hypermarket seperti Myer (lebih kurang macam Parkson Grand/Jaya Jusco kalau di Malaysia), Target/ K-mart (lebih kurang Tesco/Giant) , BaySide Shopping Mall yang terdapat banyak lot-lot kedai barangan dari pakaian, kasut, beg tangan, perkakas rumah, elektronik etc. sesuai bagi pengunjung untuk bershopping untuk ole-ole sekembali ketanah air. Bagi pengunjung yang datang dari bandar Melbourne, untuk sampai ke Frankston ini, anda hanya perlu mendapatkan train dari Flinders Street Station,Melbourne di platform no. 8 (dari Isnin - Jumaat) dan platform no.7 (Sabtu & Ahad).
Perjalanan menaiki train mengambil masa lebih kurang 1jam. Dan anda tidak perlu kuatir jika tertidur di dalam train kerana Franskton station merupakan station terakhir dari bandar Melbourne ke Frankston ;)

Kalau tercari-cari makanan halal di Franskton, saya syorkan pergi ke Oporto restaurant, ada di food court tingkat atas di Bayside shopping mall, Franskton dan jika nak ke restaurant fancy sikit ,saya syorkan ke Sofia restaurant, lokasinya betul-betul berhadapan Frankston beach, bila sambil-sambil makan tu boleh menikmati pemandangan pantai sekali dan restaurant ni pun halal. Jika berminat Indian foods, di sini ada satu halal Indian restaurant The Spice Club Frankston.
Photo by: Rita Hamzah
Pemandangan di Frankston Waterfront Beach, Melbourne
Photo by: Rita Hamzah
Photo by: Rita Hamzah
Photo by: Rita Hamzah
Frankston Pier, Melbourne. Jika anda ada lecen memancing, anda boleh juga memancing ikan di sini.
Photo by: Rita Hamzah
Giant crab sculpture, Franskton Beach.
Photo by: Rita Hamzah
Photo by: Rita Hamzah
Antara sculptures yang terdapat di Franskton beach
Photo by: Rita Hamzah
Kalau bertuah , boleh lihat burung dengan lebih dekat lagi.
Photo by: Rita Hamzah
Frankston Beach, Melbourne. Pantainya yang bersih, airnya yang jernih dan dapat melihat permandangan yang cantik.

                              .......................................................................................................................................................

Lokasi: Cape Schanck Light House, Mornington Peninsula.Melbourne

Photo by: Rita Hamzah
Lighthouse tour, untuk ke light house ni, dikenakan bayaran untuk masuk ke situ. Tetapi kalau hanya untuk melihat keindahan di kawasan ni, dan berjalan ke jambatan sepanjang 3km tu ,FREE sahaja.
Photo by: Rita Hamzah
Photo by: Rita Hamzah
Jambatan kayu sepanjang perjalanan menuju ke pantai.
 Boleh click di video di bawah.  Untuk melihat tempat istemewa ini, Cape Schanck.
Bush Rangers Bay Walk, 1.5km perjalanan dan mengambil masa setengah jam untuk sampai ke bawah. Memang lenguh sikit kaki. Tiada bayaran kemasukkan dikenakan. FREE.
Hastings Jetty and Pelican Park Recreation Centre
Hastings Jetty and Pelican Park Recreation Centre
                                 Hastings Jetty and Pelican Park Recreation Centre
Pelican Pantry Cafe viewed from entrance to jetty

Flinder pier
Hastings Jetty and Pelican Park Recreation Centre
Pelican Pantry Cafe viewed from entrance to jettyImage 56 of 75
Light house - Cape Schanck
Di sini tiada kedai untuk beli air atau makanan jika haus atau lapar, yang ada cuma rumah kecik jer sebagai information centre. Tak silap ada jual ice-cream di situ. Siapkan awal untuk bekalan air & makanan.
.........................................................................................................................................

Lokasi: Serentto & Port Sea, Mornington Peninsula, Melbourne.

Antara tempat yang menjadi tumpuan adalah di Serentto di mana kawasan ini menjadi tumpuan pelancung-pelancung dari seluruh pelusuk negara, Selain melihat pantainya yang indah, anda juga boleh berkesempatan menaiki feri, berenang bersama dolpin, dan juga melawat ke taman rekreasi berhampiran bagi melakukan aktiviti pantai,  berbasikal atau 'bush tracking' di Point Nepean National Park. 


Port Sea beach, lokasi di sini agak terpencil dan agak jauh dari bandar Melbourne.
Tetapi juga anda sukakan suasa tenang dan damai, tak salah jika anda singgah ke sini. Ada beberapa pekan kecil dan rumah penginapan sekitar Port Sea.


................................................................................................................................................

Lokasi: Flinders, Mornington Peninsula, Melbourne.

Flinders juga merupakan salah satu kawasan yang terkenal di Mornington peninsula.Terdapat beberapa tempat menarik di sini seperti pantainya yang unik, padang golf yang luas di sepanjang tebing pantai, dan juga taman-taman rekreasi yang unik . Flinder juga berhampiran dengan taman Ashcombe Maze di mana di sini terdapat taman lavender yang luas, dan juga terdapat 25 acres woodland gardens.
Sepanjang perjalanan ke Ashcombe Maze anda boleh singgah ke Cherry Redhill , di mana anda dan sekeluarga mahupun rakan-rakan boleh singgah untuk fruit picking di ladang ceri. Musim ceri bermula seawal bulan November hingga akhir December.
Boleh menghubungi di nombor yang tertera, untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sebab mereka tiada website.
Ladang ceri di Redhill, Mornington Peninsula. Boleh petik dan makan sekali di ladang ni. Makan ceri puas-puas.
Ceri 200 gram, sikit jer sebab kami dah kenyang makan puas di ladang.
Ceri yang telah dipetik akan di timbang, harga dikira mengikut timbangan, kalau tidak silap 1kg $AUD15, jadi, kalau nak beli sikit (untuk saja-saja makan-makan dalam kereta) hanya petik sikit saja dalam 200gm pun dah cukup (macam gambar di atas).

Selepas ke ladang Cherry Redhill anda boleh singgah ke ladang strawberry di Sunnyridge untuk memetik buah strawberry pula. Ianya terletak di kawasan yang sama. Bulan yang sesuai memetik strawberry ini adalah antara bulan November hingga April dan sekiranya anda berkunjung ke Melbourne pada musim panas (Januari hingga April) anda berkesempatan memetik buah blackberry, raspberry, blueberry di ladang yang sama. Pastinya pengalaman ini tidak dapat dilupakan. Harus juga diingatkan, sebarang buah-buahan segar, sayur atau apa juga makanan basah tidak boleh di bawa balik ke Malaysia. Ini kerana jabatan immigration di airport akan check setiap isi kandungan luggage anda, dan sekiranya anda tertangkap boleh dikenakan denda. 

Gambar-gambar berikut adalah di Flinders beach, berhampiran padang golf.

Tidak perlu snorkeling, di dasar air saja dah dapat lihat keindahan hidupan laut.
Air di sini sangat jernih!
...................................................................................................................................................

Lokasi: Mt. Martha, Mornington Peninsula. Melbourne.

Rumah warna-warni di Melbourne, antara tarikan pengunjung setiap kali ke pantai. Terdapat banyak rumah warna-warni ni di sekitar pantai di Melbourne. Bukan di satu tempat sahaja. Saiz rumah-rumah ni sebenarnya bukan lah sebesar rumah biasa, hanya kecil sahaja, walaupun kecil tetapi kos untuk memiliki nya sama macam beli rumah, ini kerana lokasinya yang betul-betul berhadapan dengan pantai. Pemilik rumah warna-warni ni selalunya mereka gunakan untuk bersantai dengan keluarga, mahupun penyimpan bot-bot mahupun alatan sukan air mereka.

Mount Martha tidak berapa jauh dengan Mornington, hanya 5 minit menaiki kereta. Di sepanjang jalan, anda boleh menikmati permandangan pantai yang cantik. Pastikan sebelum ke pantai ini, anda semak dahulu waktu pasang surut air laut di kawasan ini. Sekiranya anda melawat ketika air pasang, anda akan dapati ombak di sini agak deras.
 
Pemandangan dari Mt. Martha Beach
Ketika air pasang, ombak agak deras sedikit.
Mt. Martha town.
Photo by: Rita HamzahPhoto by: Rita Hamzah
                                                          Permandangan dari atas tebing sepanjang pantai.
Photo by: Rita Hamzah
Photo by: Rita Hamzah
Jika berkesempatan, anda boleh menikmatan keindahan matahari terbenam di sepanjang pantai di Mt. Martha beach, Melbourne. Untuk pengetahuan, pada musim panas (antara Dec-Mac), waktu matahari terbenam adalah agak lewat antara 8pm-9pm ini kerana pada musim panas, siang lebih panjang dari waktu malam.
Photo by: Rita Hamzah

Untuk mengetahui lebih banyak lagi tempat-tempat menarik di Melbourne, Australia, anda boleh layari website di bawah untuk melihat lokasi-lokasi menarik di sini:-


No comments:

Post a Comment

Salam Perantauan dari Melayu Malaysia Melbourne.

Salam Sejahtera, Nama blog ini ni baru saja ditukar nama dari Homestay Melbourne Malay ke Melayu Malaysia Melbourne . Diharap dapat menca...