Blossom & Vine
13 South Road, Brighton
Chilli Padi Mamak Kopitiam
295 Racecourse Rd, Kensington
d'Food Connection
211 La Trobe Street, Melbourne
Lazzat on Lygon
112 Lygon Street, Carlton
Little Ipoh Restaurant
La Trobe St. 3000, Melbourne
Little Malaysia Restaurant
26 Liverpool Street , Melbourne
Madam Kay's Platz Cafe
139 Londsdale St, Melbourne
Malabar Hut
Sydney Rd, Brunswick
Mama Wong's Kitchen
Shop 2, 76-78 Flinders St , Melbourne
Miah's Sambalicous
Shop 1, 662 Blackburn Road, Clayton
My Restaurant & Take Away
186 High St, Windsor
MyCUBE
122 Lygon Street, Carlton
Nasi Lemak House
115 Grattan St, Carlton
Norsiah's Kitchen
101 D/604 Swanston St, Carlton
Old Town Kopitiam Mamak
210 Lonsdale St, Melbourne
Reddy's Kitchen
380 Elizabeth Street, Melbourne
Rich Maha
343 Little Collins St, Melbourne
Padang Kitchen
176-180 Commercial Rd, Prahran East
Kalau yang tercari-cari makanan Halal di Melboure Airport boleh cuba di:
Krispy Kreme Tullamarine
Melbourne International Airport T1, Qantas Airways Terminal, Qantas Domesti Foodcourt (Melboure International Airport), Tulla
Krispy Kreme Tullamarine
Melbourne International Airport T3, Virgin Domestic Terminal (Melbourne International Airport), Tullamarine
** (Krispy Kreme ni, kedai jual donut)
Dan sebenarnya memang banyak sangat-sangat retaurant & kedai-kedai halal di Melbourne, seperti fast food, kedai pastri, Indian cuisine, Arab cuisine, Chinese, dan banyak lagi la, cuma kena rajin survey-survey la ye.Sila click di halalsquare website seperti di bawah untuk mencari restaurant kegemaran anda di Melbourne atau di seluruh Australia berserta lokasi.
Sedikit pesanan, jangan tersalah masuk restaurant sudah la ye, sebab banyak juga owner Cina dari Malaysia yang membuka banyak restaurant di sini yang menunya sebijik-sebijik macam kedai restaurant Melayu, menu seperti nasi lemak, roti canai, laksa etc dan retaurant mereka kebanyakkan tiada sijil halal, kena rajin bertanya ye. Dan satu lagi jika terjumpa restaurant arab tak semuanya halal ye, terutamanya restaurant Iran, Lebanese , sebab ada segolongan pak-pak arab di sini yang mempunyai restaurant tetapi terdapat banyak alkohol di premise mereka walaupun mereka bagitahu semua menu mereka adalah halal, ini kerana majoriti pelanggan mereka adalah orang-orang Australia sendiri, .Kalau rasa was-was boleh cari restaurant lain.
Jika ingin membeli product-product makanan di sini sememangnya banyak yang halal dan murah-murah pulak tu harganya, So pada yang nak travel ke Melbourne atau Australia, mungkin tak perlu la bawak banyak sangat makanan dalam tin/peket, nanti sudahnya tak termakan pulak bekalan kita tu sebab dah jumpa lebih banyak product halal di sini, harga pun murah dan sedap-sedap lagi tu.
Antara pasaraya yang terkenal di sini di mana anda boleh membeli pelbagai keperluan asas seperti makanan,minuman, ubatan, pakaian, barangan dapur etc. Anda boleh kunjungi pasaraya seperti Coles, Woolworths atau Aldi yang kebanyakkan cawangannya di buka dari seawal 6pagi dan tutup pada pukul 11 malam.
Pasaraya Coles, Australia |
Pasaraya ALDI, Australia |
Pasaraya Woolworths, Australia |
Di sini juga terdapat pasaraya atau gedung-gedung yang menjual pakaian,kasut, beg tangan, barangan elektrik, barangan sukan,barangan rumah, dan keperluan asas yang lain dan harga barangannya jauh lebih murah dari di Malaysia. Sekali lagi saya bagitahu kena pandai survey la ye..Setiap hari pasti ada barangan "clearance stock" di tawarkan, harga kasut, beg ,baju, kosmerik dan macam-macam lagi anda boleh beli serendah $2!.
Antara pasaraya yang saya maksudkan adalah, Kmart, Target & BigW.
Pasaraya Kmart, Australia |
Pasaraya Target, Austalia |
Pasaraya BigW, Australia |
Untuk penggemar pakaian bayi terkenal Australia, BONDS! boleh dikatakan setiap hari ada sahaja discount sehingga 40%! Anda boleh ke pasaraya Woolworth, Target atau BigW untuk mendapatkan jenama Bonds ini. Bonds juga terkenal dengan pakain underwear bagi lelaki mahupun wanita dewasa, kualiti kain sangat bagus, sesuai pada cuasa panas mahupun sejuk. Walaupun harga agak mahal sedikit, tapi kualiti tidak mengecewakan. Jika tidak salah, anda boleh membeli secara online tetapi kos penghantaran ke luar negara agak mahal. Bonds website: https://www.bonds.com.au/
Menarik. Minta izin share ya tq
ReplyDelete