Pengangkutan Awam di Melbourne


Dari Tullamarine Airport- Melbourne, pelawat/pelancung boleh menaiki taxi atau bus/charters untuk ke bandar Melbourne.
Dari Melbourne airport ke bandar Melbourne hanya mengambil masa 20minit sahaja.
Dan untuk makluman, tambang perkhidmatan taxi agak mahal berbanding perkhidmatan bus,tambang teksi lebih kurang $30-$50AUD ,kadar lebih tinggi pada waktu malam dan awal pagi.

Senarai bus yang boleh di dapati dari Melbourne Airport ke Bandar Melbourne:

Harga tambang bus berbeza mengikut package:
Contoh: Dewasa (Sehala) $18AUD, Family2-Dua dewasa&2kanak-kanak (Sehala) $41AUD.

1. SkyBus
Website: http://www.skybus.com.au/?gclid=CJ2tjYnDicMCFQoAvAodpiEAdA
Perkhidmatan disediakan setiap 15minit ke 30 minit dari 6am hingga 11pm.
Sebelum menaiki bus, MESTI beli ticket dahulu di kaunter bus Skybus di Melbourne Airport.

2. Airport Bus (Fapas)
Website: http://www.fapas.com.au/home
Tiket boleh bayar tunai ketika menaiki bus. Atau boleh book online.

3. Star Bus
Website: http://www.starbus.net.au/

4. Airport Bus East side
Website: http://www.airportbus.com.au/pickup_points

5. Airport Bus Dandedong
Website: http://www.airportbusdandenong.com.au/

6. http://www.tullamarinebus.com.au/

Untuk ke Frankston (area tempat saya) dari Melbourne city.
  • Jika menaiki kereta, anda boleh melalui Eastern Freeawy M3. Saya sarankan rujuk di Google map.
  • Jika menggunakan perkhidmatan keretapi. Anda perlu mendapatkan Metro train, gambar seperti di bawah.Caranya seperti berikut:
Dapatkan Metro train dari Flinder Street Station, di Melbourne city di platform no.8 (Isnin-Jumaat) dan di platform no.7 (Sabtu dan Ahad). Anda boleh berhenti di station Kananook (45minit dari Flinders station) atau berhenti di stesen terakhir iaitu Frankston station (50minit dari Flinders station).

Metro Train (Flinders Station, Melbourne city to Frankston)

  • Jika menaiki bus awam, anda boleh dapatkan Airport bus dari Tullamarine Airport (Melbourne Airport) ke Frankston iaitu Airport Bus (Fapas)Website: http://www.fapas.com.au/home , tiket boleh dibeli ketika menaiki bus dari airport. 
  • Selain itu anda boleh dapatkan bus bernombor 901, tetapi saya tidak galakkan mengambil bus awam no. 901 ni kerana ia mengambil masa 2-3jam jam untuk sampai ke Frankston.

                                        Kiri: Bus awam no. 901 dan Kanan: Fapas Airport bus

Train, Tram, Bus  boleh di dapati di bandar Melbourne.
Bagi menggunakan perkhidmatan bus atau keretapi di Melbourne, penumpang hendaklah membeli kad tambang (Myki) terlebih dahulu, Kad Myki boleh didapati di kaunter station keretapi atau di 7eleven berhampiran.

Kad MyKi adalah seperti gambar di bawah:
Kad Myki untuk kenderaan awan, kad terkini di Melbourne (berwarna hitam, kanan) 
dan Kad Myki lama (berwarna hijau,kiri).
 Sekiranya anda masih mempunyai kad MyKi yang lama, anda boleh ke mana-mama kaunter train station untuk update kad dengan percuma, baki wang di kad lama tidak hilang, masih kekal.

Bagi yang pertama kali berkunjung ke Melbourne, sekiranya anda ingin membeli kad MyKi, harga sekeping kad Myki ni berharga $6aud dan selepas beli kad ni hendaklah di topup.
Nak topup $5, $10, $20 pun boleh..asal cukup tambang pergi dan balik..

Topup Myki boleh pakai mesin atau terus ke mana-mana kaunter di station keretapi.
Peringatan, bila topup pakai mesin ni, lepas masukkan duit, tunggu hingga mesin ada appear "transaction succeed" or "transaction completed' sebelum ambil/cabut kad, klu ambik/cabut kad awal2 duit kena telan..kad tambang masih kosong.
Hati-hati ye!


Ketika menaiki perkhidmatan keretapi atau bus jangan lupa, MESTI touch on (ketika masuk ke station) & touch off (ketika keluar dari station).

Untuk pelawat/pelancong, ada perkhidmatan percuma disediakan bagi pengangkutan awam Tram- City Circle Tram.

Pelawat boleh menghabiskan masa melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar Melbourne dengan kadar tambang percuma!
Sila lihat website di bawah untuk maklumat lanjut.
Website: http://www.onlymelbourne.com.au/city-circle-tram-free-tourist-tram
Website: http://www.visitvictoria.com/regions/Melbourne/Travel-information/Getting-around/Public-transport/City-Circle-Tram.aspx
Website: http://ptv.vic.gov.au/route/view/1112

No comments:

Post a Comment

Salam Perantauan dari Melayu Malaysia Melbourne.

Salam Sejahtera, Nama blog ini ni baru saja ditukar nama dari Homestay Melbourne Malay ke Melayu Malaysia Melbourne . Diharap dapat menca...