Wednesday 7 March 2018

Salam Perantauan dari Melayu Malaysia Melbourne.


Salam Sejahtera,
Nama blog ini ni baru saja ditukar nama dari Homestay Melbourne Malay ke Melayu Malaysia Melbourne.
Diharap dapat mencari orang-orang Melayu Malaysia yang menetap di Melbourne dan dapat bertanya-tanya khabar.
Asyik berslang-slang Oz tiap hari makin berbelit2 lidah ni. Sekali skali mahu juga bertemu sahabat yang senegara. Dan dengarnya dah semakin ramai rakyat Malaysia ke Australia berhijrah mencari rezeki di sini. Tapi di manakah kalian ini? Di harap blog ini dapat menyatukan kita. Insyallah.
Sebelum tu ingin saya perkenalkan diri, kot-kot ada yang bertanya.."ek elek..siapa dia ni?, suka2 jer buat page ni?" Saya orang biasa, tak de org kenal pun. Nama saya Rita, dah menetap di Frankston, Victoria, Australia hampir 10 tahun. Ibu kepada dua cahaya mata dan isteri kepada suami mualaf Aussie, Daud. Di sini sebagai childcare educator, qualified trainer dan niaga kek kecil2 di morning market . Tapi dah 'pencen' ,sekarang hanya focus pada family.
Saya dapati tidak banyak page di facebook untuk orang Melayu Malaysia yang menetap di perantauan. Yang banyak nya saya lihat page untuk pelajar-pelajar di sini dan sayangnya bila habis belajar,balik Malaysia terus 'lost contact'.
Saya terpanggil untuk 'create blog/page' ni dengan harapan dapat mencari lebih ramai lagi warga Melayu Malaysia di bumi Melbourne ini dan dapat merapatkan hubungan baik sesame kita. Tidak la hanya berjumpa di Malaysian festival, atau 'goverment function' sahaja. Harapan saya juga dapat mengekalkan tradisi Melayu kita di sini dan merapatkan ukhuwah walaupun kita di perantauan.
Insyaallah, banyak aktiviti-aktiviti bertemakan tradisi Melayu yang masih di dalam perancangan kami  khusus bagi kaum-kaum wanita& ibu, untuk generasi anak-anak kita dan juga untuk sekeluarga. Dan dari page ni juga kita dapat 'berkongsi' maklumat-maklumat atau informasi-informasi terkini seperti pekerjaan, perniagaan, bantuan, sukarelawan etc. Antara aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

- Majlis berbuka puasa bersama & terawih.
- Pendekatan anak-anak menghias rumah & persediaan sempena menyambut Aidilfitri seperti memasang lampu pelita,menganyam ketupat (dari reben la ye, daun kelapa tak ade di sini), bermain bunga api (guna fire sparkler birthday party tak bahaya sgt kan), dan bagi kaum2 wanita atau si ibu pula, aktiviti memasak dodol,bahulu bakar, kuih2 tradisi lain yg dimasak bersama-sama.
- Belajar memasak & membuat kuih tradisi seperti karipap, roti jala, roti canai, rendang, nasi impit etc.
- Rumah terbuka hari Raya bersama.
- Aktiviti kraftangan seperti menjahit, membuat bunga hiasan, etc.
- Aktiviti jual-beli seperti pakaian, barangan letrik, perabot, barangan terpakai etc.
- Mari belajar mengaji bersama-sama.
- Aktiviti bermain congkak , batu seremban.
- Sukan bersama wanita seperti badminton, bola jaring, tennis.
- Malay Mother's group (dari bayi hingga ke 3 tahun)
- Mari belajar Bahasa Melayu untuk anak-anak.
- Mari belajar sejarah Malaysia untuk anak-anak.
- Bantuan Homestay harga murah pada pelancung-pelancung dari Malaysia.
- Bantuan 'travel guide' harga murah bagi pelancung-pekancung dari Malaysia.
- Bantuan derma kilat bagi yang memerlukan.
- Bantuan sukarelawan atau upah bergaji bagi meringankan kerja-kerja pindah rumah seperti pembersihan kawasan rumah,pengangkutan, urusan pindah barang/perabot.
- Jamuan harijadi
- Barbecue bersama
- Jamuan minum petang
Dan banyak lagi perancangan aktiviti -aktiviti lain di masa akan datang khas untuk warga Melayu Malaysia di Melbourne. Sekiranya ada yang boleh memberi cadangan bagi aktiviti yang lain, cadangan anda sangat-sangat dialukan.
Terima kasih yang sudi mengunjungi blog ini. Salah silap harap dimaafkan.
Admin,
Rita,
Frankston,Vic.

Bagi mengikuti perkembangna terkini atau post terkini tentang apa saja informasi, aktiviti, jualan murah di Melbourne, mahupun melihat gambar-gambar menarik di sekitar Melbourne , sila like facebook page kami: Melayu Malaysia di Melbourne

Untuk bertanya lebih lanjut boleh e-mail terus ke admin, rita_drc@yahoo.com atau whatapps 0415215936

1 comment:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete

Salam Perantauan dari Melayu Malaysia Melbourne.

Salam Sejahtera, Nama blog ini ni baru saja ditukar nama dari Homestay Melbourne Malay ke Melayu Malaysia Melbourne . Diharap dapat menca...