Senarai Budget Hotel di Melbourne


Bila kita travel ni , kadang tu kita tak berapa tahu sangat area di negara orang kan, mari kita tengok peta Australia dahulu.
Peta no.1 (Peta Australia)
Australia terdapat 8 territory atau negeri iaitu:
1-Northern Territory (tempat pelancongan yang terkenal ialah Darwin & Alice Spring ,tempat di sini sentiasa panas sepanjang tahun, dan di area sini la asalnya penduduk obriginal Australia, iaitu orang asli Australia).
2-Western Australia (yang selalu kita tahu adalah Perth).
3-Queensland  (Selalu orang pergi ke Brisbane, diaorg tak kata nak ke Queensland :) betul tak? )
4-South Australia (Tempat terkenal atau bandarnya adalah Adelaide)
5-New South Wales (jarang-jarang org pergi)
6- A.C.T atau Australia Capital Territory (Yang orang dok pergi Sydney ni kat ACT, dan ibu negara Australia adalah Canberra, bukan Sydney)
7-Victoria ( Bandarnya adalah Melbourne, kalau cakap nak ke Victoria orang tak berapa tahu, ingat macam nak ke eropah pulak kan)
8- Tasmania (negeri terpisah sikit dari dari negeri-negeri lain).

Sekarang kita tengok lebih dekat ,peta Bandar Melbourne.

Peta no.2 (Peta Melbourne)

Kalau merujuk pada peta di atas, Melbourne terletak di antara bulatan/lekuk/gelang dan sememangnya dekat dengan pantai sejajar dengan kawasan Frankston, Mornington, Rosebud, Geelong. Terbahagi kepada beberapa daerah (suburbs) seperti Melbourne East, Melbourne South, Melbourne West, etc. Kalau anda perasan, jika anda berada di mana-mana pantai di area Melbourne (terutamanya di kawasana tinggi/berbukit), anda akan dapati anda seolah-olah di kelilingi gunung atau bandar-bandar, ini kerana kawasan Melbourne terletak di antara lekuk/bulatan/gelang di kawasan bay. 
Peta No.3 (Peta Melbourne)
Yang di bulatan merah tu pulak adalah area Mornington Peninsula. Di kawasan Mornington terdapat kawasan hijau, seperti ladang sayur-sayuran, buah-buahan, ladang ternakan, etc. Terdapat juga perlbagai kawasan pantai yang boleh dikunjungi dengan pemandangan yang sungguh menakjubkan. 
Sekiranya anda pernah dengar orang pergi ke Philip Island, Great Ocean Road, melihat penguin, tempat-tempat ni adalah di area Gippsland (belah kanan dari bandar Melbourne). 


ANTARA SENARAI BUDGET HOTEL DI MELBOURNE dan di sekitar KAWASAN FRANKSTON (BAYSIDE) & MORNINGTON PENINSULA.
(Anda boleh juga double check di website trivago/ tripadvisor atau website hotel untuk melihat perkhidmatan yang disediakan)
Cabin  & House Accommodation

Sekiranya anda melawat ke Melbourne bersama keluarga , dan ingin mencari penginapan bagi ahli keluarga, group/berkumpulan atau rombongan yang ramai, mencari penginapan seperti di rumah, lengkap dengan bilik tidur, bilik air, perabot, kelengkapan dapur, harga perpatutan, berhampiran pantai yang cantik dan suasana yang aman, saya cadangkan anda cuba menginap di cabin & house accommodation, terdapat kemudahan penginapan cabin & house pada harga dari $100.
                                                                                                                                                     
Selain  cabin&house, terdapat juga banyak budget hotel di area Melbourne dan kawasan berhampiran,  berikut antara budget hotel yang boleh anda pilih:

LOKASI: MELBOURNE CITY

1.Ibis Budget Melbourne - Harga dari $79/ per night
Website: http://www.accorhotels.com/gb/hotel-6371-ibis-budget-melbourne-cbd/index.shtml
2.City Centre Budget Hotel - Harga dari $91/ per night
Website: http://www.citycentrebudgethotel.com.au/
3.Discovery Melbourne - Harga dari $42/ per night
Website: http://www.discoverymelbourne.com/
4.Hotel Claremont Guesthouse - Harga dari $70/ per night
Website: http://www.hotelclaremont.com/
5.Tune Hotel - Melbourne - Harga dari $98/ per night
6.Space Hotel - Harga dari $89/ per night
Website: http://www.spacehotel.com.au/
7.Mercure Welcome Melbourne - Harga dari $119/ per night
Website: http://www.accorhotels.com/gb/hotel-3031-mercure-welcome-melbourne/index.shtml
8.Ibis Style Melbourne The Victoria Hotel - Harga dari $109/ per night
Website: http://www.accorhotels.com/gb/hotel-5505-ibis-styles-melbourne,-the-victoria-hotel/index.shtml
9.City Garden Hotel - Harga dari $86/ per night
Website: http://www.citygardenhotel.com.au/
10.Hotel Sophia - Harga dari $80/ per night
Website: http://www.hotelsophia.com.au/
11.Citiclub Hotel - Harga dari $95/ per night
Website: http://www.cqmelbourne.com.au/
12.Arden Motel (North Melbourne)
Webite: http://www.ardenmotel.com.au/
13.Econo Lodge City Square - Harga dari $109/ per night
Website: http://www.choicehotels.com.au/en/econo-lodge-city-square-melbourne-hotel-au793?source=gglocalauen
14.Exford Hotel - Harga dari $76/ per night
Website: http://www.exfordhotel.com.au/
15.Quality Hotel Batman's Hill - Harga dari $104
Website: http://www.choicehotels.com.au/en/quality-hotel-batmans-hill-on-collins-melbourne-hotel-au408?source=gglocalauen
16.Magnolia Court Boutique Hotel - Harga dari $101 per night
Website: http://www.magnolia-court.com.au/
17.Pullman Albert Park Hotel - Harga dari $99 per night
Website: http://www.accorhotels.com/gb/hotel-8788-pullman-melbourne-albert-park/index.shtml


LOKASI: FRANKSTON (BAYSIDE)

1.Best Western Frankston International  - Harga dari $132/ per night
Website: http://www.frankstoninternational.com.au/
2.Quest Frankston - Harga dari $121/ per night
Website: http://www.questapartments.com.au/Accommodation/73/Australia/Melbourne_Suburbs/Quest_Frankston/Welcome.aspx
3.Frankston Motel - Harga dari $85/ per night
Website: http://www.frankstonaccommodation.com
4.Arra Accommodation Group- Frankston
Website: http://www.arrahotels.com.au/
Address: 13 Davey St, Frankston VIC 3199
Phone:+61(03) 9784 4111
5.Seaford Hotel - Harga dari $97/ per night
Website: http://www.theseaford.com.au/
6.Frankston Holiday Caravan Park - Harga $95/ per night
Website: http://www.cpoaus.com.au/
Address: 1325 Frankston-Dandenong Rd, Carrum Downs VIC 3201
Phone: +61 (03) 9786 8355

LOKASI: MORNINGTON PENINSULA

1.PortSea Hotel - Harga dari $144/ per night
Website: http://www.portseahotel.com.au/accommodation/
2.Serronto Beach Motel - Harga dari $146/ per night
Website: http://www.sorrentobeachmotel.com.au/
3.Mornington on Tanti - Harga dari $123
Website: http://www.morningtonontanti.com.au/
4.Hastings Harbour View Motor Inn - Harga dari $129 per night
Website: http://victoriana.com.au/
5.Western Plus Brooklands of Mornington - Harga dari $123/ per night
Website: http://www.brooklandsofmornington.com.au/
6.Norwood Receptions & Motel Mt. Eliza - Harga dari $127/ per night
Website: http://norwoodhouse.com.au/
7.Mornington Motel  - Harga dari $110/ per night
Website: http://www.morningtonmotel.com.au/
8. Balnaring Village Motor Inn - Harga dari $140/ per night
Website: http://www.balmotel.com.au


Homestay bagi Malaysian di Australia, boleh kunjungi website: www.rantau.com.au

No comments:

Post a Comment

Salam Perantauan dari Melayu Malaysia Melbourne.

Salam Sejahtera, Nama blog ini ni baru saja ditukar nama dari Homestay Melbourne Malay ke Melayu Malaysia Melbourne . Diharap dapat menca...